Tuesday 3 June 2014

Pengenalan

Assalammualaikum...

Seri Manjung Homestay menyediakan penginapan yang selesa dan sesuai untuk seisi keluaga yang bercadang untuk bercuti, menghadiri majlis kenduri kahwin mahupun bertugas diluar kawasan dengan kadar harga yang berpatutan.

Homestay kami berada dipinggir bandar Seri Manjung berdekatan dengan;

AEON
GIANT
TESCO
BILLION SUPERMARKET
HOSPITAL SERI MANJUNG
TNB JANAMANJUNG
VALE
UNIKL
PENGKALAN TLDM
LUMUT
PULAU PANGKOR
MARINA ISLAND
TELUK BATIK
DAMAI LAUT
PIZZAHUT
MCD
KFC
DOMINO PIZZA

Note: Homestay berada dalam lingkaran penghantaran makanan segera pizzahut.

Monday 5 May 2014

Kemudahan

                                               Ruang Tamu Seri Manjung Homestay



                                                                   Ruang Makan



                                                                    Bilik Utama


                                                                        Bilik Kedua



     
Ruang Dapur

                                                                     
                                                                       Taman Mini


Sunday 4 May 2014

Hubungi kami



Seri Manjung Homestay
160 Fasa 2B
Persiaran SM2B/24
32040 Seri Manjung
Perak MY





+6019 455 7678
En Salehuddin

+6019 333 4434
Pn Suzana



Fax : 605 533 0515


 serimanjunghomestay@blogspot.com
          bimaedar@yahoo.com

Bayaran Untuk Tempahan


Acc no. 8601176309
Bima Edar


Acc no. 164052030467
Salehuddin B. Shaari


KAMI TIDAK AKAN MEMULANGKAN DEPOSIT ATAU BAYARAN PENUH YANG TELAH DIBUAT SEKIRANYA  PEMBATALAN TEMPAHAN DIBUAT DISAAT AKHIR BERGANTUNG PADA BUDI BICARA.

HARAP MAKLUM!

Kemudah Yang Ditawarkan

1. Rumah teres 2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air. ( Hanya 3 bilik dilengkapi penghawa dingin 1Hp)
2. Katil (queen size)
3. Ruang tamu bersofa 3+2
4. LED Tv 32" (Astro Super Pack 1)
5. Meja makan 8 kerusi
6. Dapur gas memasak berserta ketuhar.
7. Peti sejuk
8. Peralatan memasak, pinggan mangkuk serta gelas minuman disediakan (terhad)
9. Seterika dan Iron Board
10. Washing mechine

Terma dan Syarat

1. Khas untuk pelanggan muslim


2. Tidak kepada percampuran lelaki dan wanita yang tiada hubungan keluarga. Sekiranya berkumpulan yang bukan keluarga mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Jika ada keraguan pihak kami berhak meminta bukti samada surat nikah, kad pengenalan atau bukti pertalian.

3.Tempahan akan disahkan hanya selepas menerima bayaran deposit sekurang-kurangnya RM100.00 untuk hari biasa. ( Cuti umum akan dikenakan bayaran penuh dan semasa mendaftar masuk dikenakan bayaran deposit keselamatan yang akan dipulangkan semasa mendaftar keluar.

I) Kami tidak akan memulangkan apa-apa bayaran yang telah dibuat sekiranya pembatalan dibuat pada saat akhir !

4.Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui Maybank atau CIMB. Sila simpan atau email bukti pembayaran anda kepada kami.

5.Tempahan yang berstatus 'Pending' ( belum membuat bayaran deposit) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih dahulu membuat bayaran tersebut.

6.Bayaran penuh perlu dibuat secara tunai ketika mendaftar masuk ke homestay.

7. Masa daftar masuk pada jam 1400H dan daftar keluar pada jam 1200H.

8.Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, penghawa dingin dan kipas ditutup semasa meninggalkan rumah.

9.Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan.

10.Sebarang perbuatan mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang.

11. Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral berparti liar adalah dilarang.

12.Dilarang merokok semasa berada di dalam homestay bagi menjamin keselesaan tetamu seterusnya.

13.Barang yang hilang atau rosak adalah tanggungjawab pengguna dan perlu diganti mengikut kadar semasa.

14.Pihak kami berhak untuk tidak memulangkan deposit sekiranya pelanggan gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mengikut budi bicara.

15.Deposit akan dipulangkan pada pelanggan semasa daftar keluar.

16.Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.

17.Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan supaya i) Sentiasa mengawasi barangan berharga, ii) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.

18. SERIMANJUNGHOMESTAY berhak untuk membuat sebarang perubahan pada terma & syarat dari masa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.

PIHAK KAMI SERI MANJUNG HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.

Kerjasama penuh penghuni amatlah dialukan dan sangat dihargai.

TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.

Thursday 1 May 2014

Kerja-kerja naik homestay

Untuk perhatian pelanggan yang dihormati, Inap Desa kami akan di naik taraf untuk keselesaan anda antaranya;

1.Pemasangan penghawa dingin 1Hp di bilik utama menjadikan keseluruhan 3 bilik berhawa dingin.

2.Penambahbaikan ruangan dapur dengan pemasangan kabinet supaya kelihatan lebih teratur.

3.Saluran Tv akan disertakan pakej Astro Super Pack 1 ( Siaran basic termasuk Movie, Sports FOX, Cartoon Network, Discovery Channel )

Kerja naik taraf ini mengambil kira pandangan pelanggan-pelanggan yang telah merasai pengalaman menginap di Inap Desa kami dan di jangka siap sepenuhnya 7 hari dari post ini dibuat.

Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih atas komen dan pandangan tuan/puan dan kami berusaha untuk menjadikan Inap Desa ini antara yang terbaik di Manjung.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA DAN JUMPA LAGI

Tuesday 15 April 2014

Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim





Bersempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak bertarikh 24 April 2009 Lumut telah di isytiharkan sebagai BANDAR TENTERA LAUT PELANCONGAN DAN MARITIM.

Lumut sebuah bandar kecil berkapasiti penduduk anggaran 31880 orang. Bandar yang terletak di daerah Manjung negeri Perak Malaysia pada kedudukan 84 km selatan Ipoh dan 12 km dari bandar Sitiawan ini merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Kini, Jeti Lumut menjadi penyambung kepada persisiran pantai dan pulau-pulau indah berdekatan. Suatu ketika dahulu, pantai ini dipenuhi banyak lumut menyebabkan penduduk tempatan menamakan kawasan tersebut sebagai 'Lumut'. Bandar Lumut boleh dijadikan sebagai landasan untuk para pengunjung menjelajah Pulau Pangkor dan sekeliling tanah besar.

Terdapat Pusat Penerangan Pelancongan, pelbagai kedai, restoran, bank dan beberapa buah hotel di sepanjang jalan utama bandar Lumut. Di sini juga terdapat pelbagai hotel dan restoran ala barat yang popular di kalangan pelancong asing seperti ROCKAFELLAS dan JOOK. Sekilas pandang tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di bandar Lumut ini selain daripada membeli belah barangan cenderamata dan snek tradisional yang diperbuat daripada ikan dan sotong atau menikmati hidangan di restoran makanan tempatan mahupun barat. Namun begitu, pengisytiharan bandar Lumut sebagai bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim akan mengubah persepsi tersebut. Lumut merupakan sebuah bandar perlabuhan dan menempatkan Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang terbesar di Malaysia. Sebelum menjadi pusat penempatan bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, bandar ini kurang dikenali dan merupakan lokasi memancing bagi para penduduk tempatan.


 Kini bandar Lumut telah berubah menjadi bandar yang hidup, meriah dan sibuk sejak bertapaknya Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di situ hampir tiga dekad yang lalu. Bandar Lumut dan Pengkalan Tentera Laut saling menyumbang kepada kepesatan pembangunan bandar ini.

















Info

.